Rabu, 27 April 2011

cm ne aku nk wat ni???

aku syg sgt2 kt die...cm ne aku nk ckp ngan die...aku tkt...lps die da knl seseorg ni die da x pnh nk tgur aku...ble aku tnye korg kpel ek.die ckp x de la...kwn2 je...tp cm ne aku nk cye gaye diorg pn aku tau dorg kpel...die ckp die syg kt girl 2...aku x tau la nk wat cm ne da...aku nk bg tau die yg aku syg sgt2 kt die...tp aku x brani...skrg ni ble aku tgur die cm nk x nk je die tgur aku blik...:(( cm ne aku nk wat ni???aku syg die aku rndu kt die aku rndu nk dgr die grau2 pggl aku syg.hihih...dlu die slalu grau ngan aku...grau2 pggl aku syg..grau ckp 'hime aku syg kt ko...'start 2 la aku mle ske kt die wlaupn mse die ckp 2 aku wat dono je...padahal dlm hati aku da melonjat2 ske ble die ckp cm 2...hihihih...hmmmm...mgkin die sktk grau je...aku yg ss telebih ngan die...huhu...sabo je la...cm ne aku nk wat ni ek...huhuhuh...

Khamis, 21 April 2011

FINAL!!!!!!!!!!!!!!!!

da final da wei...aku study mcm x study je...cm ne 2???aduh...aku slalu ckp ngan diri aku knpe aku slalu sgt x nk study...n npe aku ni ske sgt study last2 minit...ni la jd...ari ni da 3 paper da...tggl 1 pape lg paper elektronik technology....td paper measurument..susah gle...aku tkt sgt...last paper 27/4 so esk aku start study...aku kne study btul2 spye aku x yah CM...adeh cm ne aku nk wat ni ek...korg doakan aku ek nnti x tau nk wat cm ne da...

Isnin, 11 April 2011

KATA - KATA KAMI

Setiap orang perlukan kawan, teman, geng , orang - orang yang boleh kita behubung. Tapi apakah itu kawan? Geng warung kopi? Member seperjuangan? Member lepak - lepak? Rakan -rakan sekolah? Atau kawan - kawan yang bersama kita semasa kita kecil? Tak ada prajudis, tak ada perbezaan, tak ada pertandingan, tak ada pesaingan. Sehingga satu hari kita belajar untuk belajar untuk buka mata, dan mula nampak dunia bukan lagi sekadar hitam dan putih. Takda hal, sekarang ni setakat nak buat kawan memang cepat, senang dan pantas. Tak payah keluar rumah, tak payah bangun dari kerusi, tenung skrin komputer keletak keletuk aja keyboard. Boleh suka benda yang sama, tak suka pun tak apa. Kenal tak kenal belakang cerita. Risiko kita tanggung sendiri. Kerana persahabatan adalah satu pengembaraan yang tidak boleh di duga.
Kita meneruskan perjalanan hidup mencari kawan, teman dan rakan untuk mengisi kekosongan tanpa menyedari mereka berada dihadapan kita. hanya menunggu masa untuk menemukan kita kembali. Hanya menunggu keadaan yang akan menentukan arah persahabatan.


Seperti surat - surat kiriman kenalan yang dekat dan jauh, kita mengembara dari satu tempat ke satu tempat yang lain membawa bersama kenangan yang manis dan impian hidup yang ingin kita kongsi. Seperti sebutir habuk yang ditiup angin. Kita mencari ketentuan dan arah masa depan. Kita memikul beban dan pengalaman pahit yang ingin kita tinggalkan. Kisah silam yang ingin kita lupakan. Berpegang pada harapan, untuk memulakan hidup yang baru.
Satu hari kita akan sedar melakukan kesilapan adalah lumrah perjalanan yang mendewasakan kita. Nak tak nak kita terpaksa buat pilihan dan berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam meneruskan pengembaraan yang tidak dapat dielakkan. Pengembaraan yang akan membawa kita ke tempat yang baru dan yang akan membawa kita pulang.


Terikat, Terkongkong, Terkurung. Kita mencari jalan untuk melepaskan diri dari kemelut lama yang ikut kita kemana sahaja kita pergi. Kita tak boleh lari tapi kita beranikan diri. Tabah untuk mencari ruang untuk mencari kebebasan.
Akhirnya ruang membuat kita leka, lupa dan lalai. Memaksa kita berfikir. Membebankan kita. Membebaskan Kita. Melemas dan menelan kita semula.



Kadang - kadang kita lupa bercakap bukan sekadar bercakap. Mendengar bukan sekadar mendengar. Tapi kita sebenarnya sedang mencari jalan penyelesaian. Mencari kesefahaman. Kita sedang meluahkan perasaan, isi hati dan keinginan untuk difahami.
Kita perlukan seseorang untuk memahami kekusutan dunia kita. Jadi kita mencari dengan penuh harapan. Si dia yang telah kita kehilangan. Tanpa menyedari kita dah pun bertemu dengan pengisi kekosongan dan penganti tempat kita mengadu.



Bila dunia kita lumpuh, kita belajar untuk bangun semula. Kita makan, minum, dan membuang masa seperti biasa. Tanpa menyedari segalanya sudah berubah.
Kita mungkin kehilangan peluang untuk berkata - kata dan kita mungkin terkapai - kapai untuk bersuara. Tetapi kenangan dan pengalaman yang kita genggam selama ini akan menjadi pengikat persahabatan yang bakal kita jalinkan.



Setiap yang kita lakukan mesti kena dengan caranya. Nak buat minuman sedap gula, air, susu mesti secukup rasa. Nak masak lauk mesti kena pilih bahan. Kena pandai kawal api. Dan sukatan rencah kena tepat. Tak lebih tak kurang. Untuk menjadikannya sesuatu yang boleh dinikmati. Kerana kesilapan boleh menjejaskan. Seperti juga cinta, lebih kurang sama aja. Itu dan ini mesti ada. Mesti ada keinginan dan mesti ada kemahuan baru boleh suka sama suka. Dan dalam persahabatan, kita diperlu ada keserasian dakeikhlasan, barulah boleh ngam. Dan dalam kenal mengenal antara satu sama lain pula mesti ada kesabaran dan kesefahaman.
Akhirnya bila kita bertemu dan saling berkenalan, bila kita sudah sehaluan, hanya masa akan menentukan perjalanan persahabatan kita.



Menunggu. Rasanya sepanjang hidup kita asyik menunngu. Menunggu peluang, menunggu nasib. Menunggu tanpa penghujung. Sehingga kita asyik bertanyakan bila bila bila atau sampai bila. Tetapi bagaimana bosan, jemu, jenuh menunggu, kita terpaksa menunggu. Dah jadi sebagai satu pekerjaan pula. Atau satu bidang yang tidak mendatangkan hasil. Tapi kadang - kadang menunggu tu kita rasa berbaloi jugak. Bila kawan - kawan ada disamping kita.
Bila semuanya diluar kawalan kita, apa yang boleh kita buat? Selain menunggu, dan mengharap. Apa yang boleh kita buat. Hanya tunggu dan lihat



Apabila kita sedar dunia kita bina sebenarnya rapuh dan mula retak, kita cuba sedaya upaya untuk berdiri dan bertahan. Kerana itu sahaja yang kita mampu lakukan.
Kita sedar perjalanan yang mendewasakan kita tidak akan mudah seperti yang kita impikan. Hubungan yang kita jalinkan menjadi semakin rumit. Badan bertungkus lumus menampung hidup semakin penat. Hati yang kita harap akan lembut menjadi semakin keras. Dan kesunyian yang membelenggu diri menjadikan kita semakin teringin untuk mencapai kebahagiaan dan kesempurnaan. Kita tahu bukan tak tahu kita perlu berani membebaskab diri. Berani melupakan kenangan silam dan mencari ketenangan. Tetapi kita perlu mengharungi kehidupan ini selangkah demi selangkah. Bergelut dengan diri sendiri dan berhadapan dengan beban yang datang mencari. Kita hanya perlu bersedia dan menunggu peluang untuk merampas kembali apa yang telah hilang.



"KITA DILAHIRKAN SAYA AKU. TAPI KITA MENGHABISKAN MASA MENCARI KAWAN, TEMAN, GENG. MENCARI RAKAN - RAKAN YANG KITA BOLEH BERHUBUNG. MENCARI SAHABAT - SAHABAT SEJIWA. MENCARI KAMI MENJADI KAMI"


"IGAUAN - IGAUAN INDAH ENAK MENTERTAWAKAN MIMPI, PADA HIDUP YANG NGERI SENTIASALAH MENANTI"



"KITA BANYAK PELUANG NAK CAKAP TAPI TAK TAHU MANA NAK START, BUKANNYA KITA TAKUT PADA PERUBAHAN, TAPI KITA TAKUT NAK AMIK RISIKO. TAKUT ORANG BENGANG, TAKUT ORANG RISAU, SALAH SANGKA SEBAB TU LA ORANG BERAHSIA."


HIDUP NI MEMANG PALAT TP ESOK MASIH ADA.



-DRAMA DAN MOVIE YANG PALING AKU SUKA DAN AKU AKAN SUKA SMPAI MATI "KAMI"-