Rabu, 3 Jun 2026
Setelah lama menyepi.
Sabtu, 12 Oktober 2019
Kata - Kata Nasz Kenyang
Dapat kawan dengan kau pun aku dah bersyukur sangat. Walaupun aku tahu aku tak boleh nak lebih. Bukan soal aku mengalah. Tapi aku tahu aku tak layak. Bukan aku yang tak berjuang tapi kau yang tak pernah bagi peluang.
Hati manusia ni kita tak boleh nak paksa. Cuma satu saja. Andai kata satu hari nanti kau jumpa orang yang agak kurang baik, jangan masa tu baru kau terfikir nak patah balik.
Kalau Allah bagi aku buat permintaan sekarang ni, aku tak minta kucing kesayangan aku tak mati, aku tak minta ex aku tak tinggalkan aku, dan aku tak minta aku tak diberhentikan kerja. Tapi aku akan minta yang aku tak pernah kenal siapa kau.
Tuhan tu biasanya jawab persoalan atau permintaan kita dalam tiga jawapan. Pertama, YA. Kedua YA TAPI BUKAN HARI INI. Ketiga TIDAK, AKU ADA LEBIH BAIK DARIPADA ITU. Jadi sabar.
Cinta yang ikhlas tak perlu diungkap dengan kata - kata. Kita sendiri rasa. Letak kat hati.
Dua perkara yang orang susah nak buat. Ucapan terima kasih tanda menghargai dan minta maaf tanda sedar kesalahan diri. Dua benda ni memang orang pandang kecil tapi sebenarnya dia bagi impak yang besar kat kita.
Hatikan macam rumah. Kadang ada yang datang macam nak singgah ada pulak yang datang macam nak menetap. Kena tengok niat tetamu. Allah temukan kita dengan seseorang tak semestinya untuk jodoh. Kadang untuk bagi kita pengajaran dan kadang pula untuk jadikan pedoman. Apa yang baik kita ambil kita ikut. Dan apa yang jahat yang buat kita serik "just throw it".
Dalam dunia ni ada dua benda yang mengambarkan kita. Pertama, kesabaran kita masa kita kejar kemahuan kita. Kedua perangai kita masa kita dapat apa kita impikan.
Sabar itu bila kita ada peluang untuk marah. Tapi kita lagi rela pilih mengalah bukan sebab kita kalah tapi sebab kita nak elak dari berbalah.
Cara kita pandang situasi tu berbeza. Kalau kita tak mampu nak ubah masalah yang buat kita keliru. Sekurangnya kita cuba ubah cara kita pandang dekat situasi tu.
Kita hidup kat bumi Allah ni bukan seorang diri. Ada manusia lain. Jadi kita kena faham konsep yang dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Ada masa kita boleh kongsi. Ada masa kalau kita rasa kedekut baik mati.
Nak ada hati dengan orang ni tak perlukan sebab. Kalau kita cakap dia cantik nanti satu hari dia buruk, takkan kita nak sorok. Kalau sekarang dia ada duit, tiba - tiba satu hari dia pokai takkan nak "say good bye". Tapi kalau saya suka seseorang tu saya akan focus. Bukan sampai 20 orang.
Pakai semua tenaga yang kita ada bukan untuk "fight" benda yang lepas yang pernah kita sakit hati. Tapi cuba kita bangkit balik untuk bina hidup yang baru.
I don't know what your problem is, but when life gives u a thousand reasons to breakdown and cry, show life, that u have a million reasons to smiles and laugh. So just chill.
Nak maaf kan orang memang senang. Sumpah senang. Tapi umtuk lupakan apa yang dah terjadi dan nak percaya balik macam dulu tak semudah itu.
Tak semua orang akan stay dalam hidup kita. Semua orang akan pergi. Tapi hanya yang "the real one" yang akan meninggalkan kesan sampai bila - bila.
Lepak tu tak salah pun nak pasang telinga. Tapi jangan cepat percaya dengan semua cerita. Sedangkan garam pun nampak macam gula apatah lagi mulut dengan suara manusia.
Bila kita sedar realiti yang kita nampak sekarang ni lagi "function" daripada mimpi.
Kalau bawa kereta tengok belakang ke depan? Macam tu juga dengan kehidupan. Kena fokus apa yang ada kat depan. Boleh nak pandang belakang tapi jangan lama. Sebab takut apa yang menunggu kat depan hilang terus tanpa kau dapat terima.
Sekecil kecil pengorbanan tak ada siapa yang perasan.
Dalam perhubungan ni tak kisah lah kawan ke bercinta ke keluarga ke "communication" tu paling penting. Sebab takut dalam diam ada yang memendam. Kalau pendam lama - lama hilang tak apa. Ni pendam sampai wujud rasa dendam. Perasaan tu yang paling susah nak padam.
Bila kita tak tenang. Jaga hubungan kita dengan Allah. Jaga juga hubungan kita dengan manusia. In Shaa Allah kehidupan seharian kita akan aman dan masa yang kita habiskan tak sia - sia.
Rabu, 17 Oktober 2018
Still Tak Boleh Move On
Aku selalu berharap dia akan 'WhatsApp' aku dulu... Tanya tengah buat apa??? Aku rindu dia... Rindu nak dengar dia panggil aku macam dulu... Tapi mungkin tu semua harapan aku saja... Dan benda tu tak akan terjadi... ☺☺☺☺ Orang cakap senang, tapi empunya badan yang disuruh untuk 'move on' ini saja tahu betapa sakit, perit, sedih, deritanya dgn perkataan 'move on'... Lagi2 bila still berhubung... Kadang ada juga terasa diri ini dah 'move on'... Boleh hidup tanpa dia, kenyataannya .......... Hahaha... Bila teringat mesti aku nangis... Sebab terlalu rindu... Tiap2 hari vc, die akan teman aku pergi kerja, balik kerja, teman tidur... Aku tidur malam... Dia tidur siang... Hahahhaahhahaha... Masa aku tidur die training... Masa dia tdo aku kerja... Tapi masih 'video call' sampai laaa dia bangun tadi... Aku selalu sayang dia... Alhamdulillah sampai sekarang hati aku tak berubah lagi... Aku masih sayang dia... I love u Amirul Hakimi Amiruddin... 😔😔😔
Ahad, 22 Julai 2018
Pedih Ditinggalkan
Ahad, 26 Februari 2017
Perkembangan Ibu
24/02/2017
Jantung ibu berdengup terlalu laju. Sebab apa masih tidak tahu lagi. Tapi dari apa yang aku tengok lebih banyak dari biasa air yang jururawat masukkan.
25/02/2017
Doktor memberitahu aku tentang keadaan ibu aku. Beberapa minit selepas itu aku call ayah memberitahu keadaan ibu dalam keadaan teresak - esak. Secara jujurnya aku masih tidak boleh menerima. Jatung ibu sudah mula keras. Jadi sesetengah saraf mula tidak berfungsi. Termasuklah saraf untuk memproses toxic. Jadi toxic tersebut sudah berkumpul di bahagian otak ibu. itu juga salah satu kenapa ibu jadi lemah dan tidak dapat memberi tumpuan pada sesuatu yang dia akan buat. Doktor memberitahu tiada apa - apa cara lagi untuk memulihkan ibu melainkan memberi ubat penenang dan ubat tahan sakit. Malam ibu tidak boleh tidur. Aku tak pasti kenapa. Mungkin terlalu sakit. Tapi dia tidak dapat memberitahu macam mana. Hari ini ramai sedara mara mula datang melawat. Hmmmmm.
26/02/2017
Sekali lagi ibu tidak dapat tidur. Kesian aku tengok ibu dalam keadaan begini. Untuk pertama kalinya ayah menangis teresak - esak begitu. Sedih aku. Aku dan ayah cuba untuk tidak menunjukkan kesedihan kami depan ibu. Hari ini ramai sedara mara yang datang melawat. Aku bukan tidak mempercayai kepakaran doktor, tapi tidak salah aku mencuba cara lain. Ikhtiar. Aku ada seorang sahabat, family dari aku belajar di politeknik, Abang Firdaus @ aku memanggil dengan panggilan Abang Daus. Pada mulanya aku tidak mengetahui bahawa Abang Daus ada kepakaran perubatan islam. Aku dapat tahu pun dari "Whatsapp Group" PRSP. Jadi aku menghubungi Abang Daus untuk meminta pendapat. Dan hari ini Abang Daus datang untung memeriksa keadaan ibu. Alhamdulillah selepas mengetahui punca, dengan izin Allah, nampak ibu lebih selesa dari sebelum ini. Alhamdulillah mula nampak ibu ingin melelapkan mata.Mengharapkan akan berterusan sehingga sesi perubatan seterusnya. Amiinnn.
Rabu, 22 Februari 2017
Kesabaran...
Mohon Doakan Ibu Cepat Sembuh Dan Kembali Sihat Seperti Sediakala. Aamiiiinnn.
