Selasa, 23 Jun 2026

Start Diet

 Aku dah mula nak diet sekarang. Disebabkan aku baru ada kesedaran selepas aku disahkan ada kencing manis. Selalu aku yang kencing orang. πŸ˜…Kali ni gula pula kencing aku. Adui laaa... Aku dah mula ikut kelas Capt Raiez Hamed. Kelas beliau online flexible. Semua orang boleh join. Murah pun murah bayar sekali je seumur hidup. Kelas beliau pun memang best. Macam aku ni dengan keadaan aku macam gini memang sikit je laa pembakaran lemak untuk permulaan ni. Tapi aku akan improve kan lagi senaman aku. Sekarang ni aku dapat cabaran dari bos aku. πŸ˜‚


Berat aku last aku timbang 18/6/2026 131.6kg. Bos aku bagi cabaran kat aku dalam masa 3 bulan kalau aku dapat lepas target yang dia nak dia akan bagi reward.

3 BULAN BERMULA 22/6/2026 - 31/10/2026

131.6KG BERAT SEKARANG

TARGET TURUN DALAM MASA 3 BULAN SAMPAI

100KG = RM200

90KG = RM300

80KG = RM400

70KG = RM500

Matilanak, aku dah kena turunkan berat 10kg sebulan. πŸ˜‚ Ini kerja gila. Tapi aku sahut cabaran ni. Tak lepas target pun at least aku turun ok la. Aku nak buat heavy diet tapi tu la takut aku tak mampu dan terus aku give up. Dari pada aku give up baik aku buat slow - slow.


Doa kan aku yee guys. Supaya aku terus istiqomah nak turun kan berat badan. Aku taknak kurus aku just nak chubby je. Kurus bukan style aku. Dapat pakai baju saiz L jadi la dari sekarang aku pakai baju saiz 6XL susah nak cari baju oooo. Lepas ni baju besar - besar ni aku nak pakai juga biar nampak biar longgar.πŸ˜‚

Rabu, 3 Jun 2026

Setelah lama menyepi.

Assalammualaikum semua.

Dah lama aku tak menulis dekat sini. Macam mana aku boleh rasa nak menulis balik? Sebab aku terjumpa balik blog lama aku yang dah berkurun aku tak tengok. Tapi nak login tak boleh sebab aku lupa aku guna emel mana. Tapi dengan kepakaran IT aku (pakar kehhhh??πŸ˜‚πŸ˜‚) aku dapat balik login akaun ni.

Rasa kelakar pun ada juga bila aku baca balik apa yang aku tulis dekat dalam blog ni. πŸ˜†πŸ˜† Kebudakan betul masa tu yee. Hahaha.

Kali ni aku nak cuba untuk menulis secara matang. Kot yee laa matang. Ataupun aku nak buat macam diari kehidupan aku sepanjang aku hidup. Kalau aku dah tak update tu sama ada aku dah malas atau pun aku dah tak ada dekat dunia ni.

Aku akan cuba untuk update blog ni dari masa ke semasa yee. Jadi pada siapa yang terjumpa blog aku ni SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA PENULISAN YANG MEMBOSANKAN DARI AKU YEEE.

YANG BENAR,
HIMEBENI.