Rabu, 3 Jun 2026

Setelah lama menyepi.

Assalammualaikum semua.

Dah lama aku tak menulis dekat sini. Macam mana aku boleh rasa nak menulis balik? Sebab aku terjumpa balik blog lama aku yang dah berkurun aku tak tengok. Tapi nak login tak boleh sebab aku lupa aku guna emel mana. Tapi dengan kepakaran IT aku (pakar kehhhh??😂😂) aku dapat balik login akaun ni.

Rasa kelakar pun ada juga bila aku baca balik apa yang aku tulis dekat dalam blog ni. 😆😆 Kebudakan betul masa tu yee. Hahaha.

Kali ni aku nak cuba untuk menulis secara matang. Kot yee laa matang. Ataupun aku nak buat macam diari kehidupan aku sepanjang aku hidup. Kalau aku dah tak update tu sama ada aku dah malas atau pun aku dah tak ada dekat dunia ni.

Aku akan cuba untuk update blog ni dari masa ke semasa yee. Jadi pada siapa yang terjumpa blog aku ni SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA PENULISAN YANG MEMBOSANKAN DARI AKU YEEE.

YANG BENAR,
HIMEBENI.

0 ulasan:

Catat Ulasan