Aku dah mula nak diet sekarang. Disebabkan aku baru ada kesedaran selepas aku disahkan ada kencing manis. Selalu aku yang kencing orang. π Kali ni gula pula kencing aku. Adui laaa... Aku dah mula ikut kelas Capt Raiez Hamed. Kelas beliau online flexible. Semua orang boleh join. Murah pun murah bayar sekali je seumur hidup. Kelas beliau pun memang best. Macam aku ni dengan keadaan aku macam gini memang sikit je laa pembakaran lemak untuk permulaan ni. Tapi aku akan improve kan lagi senaman aku. Sekarang ni aku dapat cabaran dari bos aku. π
Berat aku last aku timbang 18/6/2026 131.6kg. Bos aku bagi cabaran kat aku dalam masa 3 bulan kalau aku dapat lepas target yang dia nak dia akan bagi reward.
3 BULAN BERMULA 22/6/2026 - 31/10/2026
131.6KG BERAT SEKARANG
TARGET TURUN DALAM MASA 3 BULAN SAMPAI
100KG = RM200
90KG = RM300
80KG = RM400
70KG = RM500
Matilanak, aku dah kena turunkan berat 10kg sebulan. π Ini kerja gila. Tapi aku sahut cabaran ni. Tak lepas target pun at least aku turun ok la. Aku nak buat heavy diet tapi tu la takut aku tak mampu dan terus aku give up. Dari pada aku give up baik aku buat slow - slow.
Doa kan aku yee guys. Supaya aku terus istiqomah nak turun kan berat badan. Aku taknak kurus aku just nak chubby je. Kurus bukan style aku. Dapat pakai baju saiz L jadi la dari sekarang aku pakai baju saiz 6XL susah nak cari baju oooo. Lepas ni baju besar - besar ni aku nak pakai juga biar nampak biar longgar.π

0 ulasan:
Catat Ulasan